Doa Keselamatan Diri, Keluarga dan Harta dari Abu Darda RA


Menurut Imam  Nawawi  dalam  kitab beliau  al-Azkar, Abu ad-Darda diberitahu bahawa rumahnya terbakar, namun beliau  menegaskan bahawa rumahnya tidak terbakar. Abu Darda menyatakan bahawa beliau mendengar Nabi s.a.w bersabda bahawa sesiapa yang membaca kalimat zikir ini pada awal hari, maka dirinya, keluarganya dan hartanya tidak akan  ditimpa mudharat hingga  ke petang. Dan sesiapa yang membaca kalimat zikir ini pada  akhir hari, maka  dirinya, keluarganya dan hartanya tidak akan  ditimpa mudharat hingga ke pagi hari.

Ya Allah! Engkaulah Tuhan  tiada tuhan selain Engkau. Ke atasMu aku bertawakkal dan
Engkau pemilik Arash yang agung.

Apa yang Allah kehendaki pasti berlaku dan apa yang Allah tidak kehendaki tidak akan berlaku. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang maha tinggi dan agung.

Aku mengetahui bahawa Allah berkuasa atas setiap sesuatu daAllah telah meliputi segalanya akan ilmu.

Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan diriku dan daripada kejahatan segala  makhluk yang mana  Engkau  memegang ubun-ubunnya. Sesungguhnya Tuhanku di atas jalan yang lurus.


Komentar

Postingan populer dari blog ini

Keanehan Produk Dari Microsoft

SEJARAH DINASTI ROTHSCHILD (YAHUDI)